PRobLem..ProBleM

Hidup ini,kalau tidak ada masalah, bukan nama nya hidup, hatta mati pun ada masalah kecuali matinya orang yang berIman.
Masalah atau orang putih kata problem,problema tue cubaan jugak daripada Allah. hanya diuji sedikit sahaja,sudah jadi masalah besar.
Nak dijadikan cerita, hal saya di sekolah. Saya lebih banyak mendengar daripada menyampuk, sampuk sikit-sikit tu adalah jugak,tapi mesti berhati-hati. saya tidak mahu wujudkan ketegangan hubungan antara guru-guru lain dengan saya. biasalah, di mana sahaja kita berada, kita tidak boleh lari dari masalah.
Saya teringat ketika saya berada di peringkat sekolah menengah, dugaannya, saya menghadapi situasi yang berbeza antara berada di rumah dan berada di asrama. di rumah lebih mengamalkan sekular,pantang melanggar disiplin,hidup berkawan tiada dalam kamus diari di rumah,hanya di kalangan ahli keluarga. tetapi di asrama, saya mengalami masalah identiti diri,nak ikut kawan @ pegang dengan prinsip yang dididik ibu ayah..
Hinggalah saya berjaya ke tangga universiti(U saya ada tangga ke?),tangga menuju kejayaan.. saya masih juga dalam krisis diri,masalah dalaman. Saya menjadi lebih agresif, buat sesuatu biarlah berpegang kepada prinsip, tetapi ada satu perkara(rahsia diri) yang saya tidak boleh berpegang kepada prinsip sebab sayangkan dia. Akhirnya saya bertekad akan berhenti apabila saya mendapat pekerjaan yang mulia ini.
Bukan mudah ya nak berpegang kepada prinsip diri, tidak berpegang maksudnya banyaklah masalah akan timbul kan..
Saya merasakan kalian juga mempunyai pandangan yang serupa dengan saya,sekiranya berbeza pasti ada alasan tersendiri.
Wallahua'lam
Previous Post Next Post