minggu yg meletihkan



Minggu yang meletihkan.. Tentu tertanya-tanya kan kenapa saya membuat kenyataan begitu. Ya, hari ini, saya pergi walimah kakak kepada kawan saya, maka berjumpalah saya dengan hampir keseluruhan keluarganya. Yang mengenali, terus terang-terangan menegur dan mengusik. ahhhh, rasa nak lari saja dari tempat walimah itu.




Kemudian balik dari walimah, rehat-rehat sekejap, selepas itu, memandu lagi untuk menghantar adik kembar saya pulang ke asrama. Kesemuanya jauh-jauh, walimah tadi pun jauh jugak. rasa pusing 2,3 daerah saja. Alahai, katanya hobby berjalan-jalan, tapi sudah penat, he he he.



Minggu lepas 5 hari sekolah. Khamis petang p library alor setar dengan kawan, balik malam. Kelmarin/semalam ada jamuan di sekolah, p makan ja, tapi penat juga. Setiap hari, saya tidak lekat di rumah, asyik merayap ke hulu ke hilir.



Every week, saya rasa jadual penuh, tapi balik rumah ja, rehat sempat lah juga. Kerja-kerja rumah pun dah jarang di buat, entah kenapa, rasa malas bebenar. Kalau sudah kahwin nanti agaknya baru tahu tanggungjawab, iya ka. Tetapi ramai yang kata macam itu, sudah kahwin nanti baru mengerti erti tanggungjawab, dan tiba-tiba jadi rajin, heheh.



Ada minggu-minggu akan datang macam inilah juga, jadual penuh setiap hari. Boleh dikira dengan jari, berapa hari saya full time kat rumah... Tetapi saya seronok begini, cuma yang perlu diubah ialah tahap usaha saya untuk lebih menghargai masa, dan kerajinan saya terhadap tugasan-tugasan saya iaitu sebagai seorang guru, anak, kakak, dan bakal isteri.



****Sesungguhnya orang yang beramal dan niat kerana Allah, jadi apa yang dilakukan akan menjadi mudah dan senang hati****












Previous Post Next Post