Hanya berbaki seminggu sahaja lagi untuk masuk ke Institut Perguruan semula. Menjalani kursus yang agak lama daripada biasa iaitu selama sebulan. Bernasib baik kerana dekat dengan rumah, boleh lah balik kadang-kadang. Memilih untuk menetap di sana dan tidak berulang alik dari rumah kerana mudah membuat tugasan group.
Dengan diri juga dihujani dengan pertanyaan, bila bila dan bila nasi minyak, perkara yang membuatkan diri hanya tersenyum. Biarlah Parents yang menentukannya, dah cukup duit nanti akan disatukan, insyaAllah. Perkara ini bukan mudah, perlu preparation daripada pelbagai sudut, sementelah keadaan keluarga kedua belah pihak bukanlah orang senang, malah diri berasa selesa menggunakan duit sendiri.
Semoga usaha selama ini dirahmati dan moga ada ruang waktu dan peluang untuk berjaya menjadi seorang guru yang disenangi diingati disayangi dan cemerlang. Namun, diri masih berazam untuk ke peringkat pengajian lebih tinggi '...
mhah: mungkinkah ada peluang itu '... insyaAllah....
:D semoga berjaya...seronok kan jadi cikgu...
ReplyDelete