Selesai sudah....

Lama tak update blog ni, dah berkarat pun...hehehe
Huh.. tarik nafas lega sedikit sebab dah habis praktikum. Million of thanks untuk pensyarah pembimbing (ustazah Sharifah), guru pembimbing (Ustazah Saudah), guru-guru j-QAF (Ust Siti Aminah, Ust Salwa, & Us Zaini), guru-gurudan staf2 SKTM, dan yang tersayang murid-murid Tahun 1. Sebab mereka ini banyak membantu.
Alhamdulillah, semoga lulus dengan gred yang baik. Selepas ini, assignment gerko pulak, pastu exam, pastu btn, pastu induksi, pastu hal peribadi. Banyak lagi nak tempuh, tapi sekejap sahaja lagi. InsyaALLAH bulan 7 nanti baru selesai.
Aku nak berkongsi dengan apa yang telah aku baca:

Majalah Anis, Disember 2001, No. 51. m/s 18

En Rahmat Ismail

Kualiti 7M jadikan wanita cantik

  1. Musyarakah

Seseorang wanita itu yakin bahawa dirinya memang mempunyai kecantikan tersendiri.

  1. Murakabah

Seseorang wanita itu dengan insaf menerima dan syukur keadaan diri sendiri.

  1. Muhasabah

Seseorang wanita itu sentiasa melihat kekurangan diri dan memperbetulkannya.

  1. Muakobah

Sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita sempurna.

  1. Muqarrabah

Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

  1. Mujahadah

Berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri sendiri.

  1. Muarabah

Cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri sendiri.

Semoga diambil pengajaran dan teladan yang boleh diikuti





Photobucket
Previous Post Next Post